Monday, December 26, 2011

Malek + Farah










SELAMAT PENGANTIN BARU 

Wednesday, December 21, 2011

Mocha panas

*sudut pejabat (dalam rumah)

Satu susuk tubuh kurus sedang sibuk menyiapkan kerjanya . Ruang bekerjanya sangat rapi . Kemas .
Matanya khusyuk memandang flat screen iMac . Tangan ligat . Kadang kadang menekan papan kekunci , kadang kadan ada dekat tetikus .

" Bibi , awak design apa tu ? " sapa Ieqa dari belakang .
Tangannya ada dua mug . Ada bau mocha panas .

" Nah bi , jom minum dulu " . Ieqa tarik satu kerusi dan duduk sebelah Is .
" Eh syg , ada idea tak nak buat macam mana ni ?. Konsep dia Year-End-Sale . Ada idea ?. "  Is cuba tanya pendapat Ieqa . Mocha panas tadi dihirup perlahan .

Begitulah keadaannya setiap kali Is buat kerja , ada Ieqa yang teman dan bagi idea . Hasil idea mereka bedua sangatlah memuaskan . Mereka seperti tahu apa yang kurang .


( genap lima tahun selepas itu )

Ruang masih sama , cuma keadaannya sudah tidak sekemas dahulu . Berselerak dengan kertas , pen . Is yang dahulunya tenang buat kerja kini tidak . Dirinya tidak terurus . Baju bau masam , muka tidak bercukur . Jambang tidak kemas . Designnya ?. Jangan ditanya , dia seperti orang kehilangan bakatnya . Masuk kali ini , sudah 8 kali dia dibuang kerja .

Tiada lagi mocha panas semasa kerja , tukar idea .

Kini sudah hampir setahun Ieqa pergi . Is seperti puzzle yang hilang beberapa kepingan . Tidak lengkap . Sini sana huru hara . Semoga Is kuat mengharungi ini semua .