Thursday, October 27, 2011

Mylo Xyloto

what else i can say 

Seloka Kehilangan Adat Melayu



Aduhai resam, wahai adat!
Lembaga di mana telah berpudat?
Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa
Ghaib sepi tiada bersisa...
Semakin mengerang senantiasa
Laksana dipagut tedung yang bisa!
Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa
Umpama gajah menjadi rusa
Oleh ragi campuran bangsa
Adat tertib habis binasa!

Sayang! Sayang!
Merajuk ke manakah adat melayu?
Laksana debu dipuput bayu.

Wallahualam!
Entahkan jatuh ke laut gerangan
Disambar yu!


Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa & Pustaka

Friday, October 7, 2011

#reposted

sapa ada kokain !
sapa ada kokain !
sapa ada kokain !

;(

pandang dia aku perlu zoom mata aku,
si serabut ke hulu ke hilir,
"sapa ada kokain ?"
"sapa ada kokain ?"

pandang dia aku perlu zoom mata aku,
si serabut tidak punya air mata,
cuma kerak bedak yang mengeras di pipi,

pandang dia aku perlu zoom mata aku,
aku cuba hulur tangan,
seolah-olah dekat dengan dgn dia,
oh!
aku lupa mata aku itu,aku zoom !
maaf.

pandang dia aku perlu zoom mata aku,
sudah terhuyung hayang,
jika kamu mahu,
aku datang kpd kau.

cuma..
ia bukan kokain.

IA TENANGKAN HATI DAN UBAT DUKA
mahu ?